Salam sejahtera dan salam perkenalan,

Saya Nabil Aiman dan saya ialah Dealer dan Speaker Aktif Public Gold (PG Code: PG00104489). Kepakaran saya ialah membantu anda memiliki emas fizikal gred simpanan dengan cara yang selamat, mudah, murah dan patuh shariah. Dengan teknik simpan emas yang betul, kebocoran wang dapat dielakkan, income anda akan bertahan lebih lama dan ini akan membantu anda memiliki KESTABILAN kewangan, membina KEKAYAAN dan seterusnya mencapai IMPIAN HIDUP anda. InshaAllah.

Saya bekerja sebagai pegawai perubatan di Terengganu. Saya mula simpan emas sejak tahun 2014. Emas termurah saya pernah beli ialah RM136/gram. Disebabkan kurang pengalaman dan takde guidance, saya telah jual emas tu pada harga RM150/gram selepas setahun lebih, dengan niat nak beli balik bila harga emas turun.

Sebaliknya berlaku, harga emas terus naik hingga mencecah hampir RM200/gram. Huhu..! Dari situ saya belajar yang saya lebih sesuai jadi ‘penyimpan emas’ dan bukannya ‘pelabur emas’. Kini saya lebih fokus kepada jumlah gram emas yang saya ada. Saya akan pastikan jumlah gram emas sentiasa bertambah setiap bulan. Masuk je gaji terus top-up emas. Kalau masa tu harga emas tengah tinggi, saya beli sikit. Kalau harga tengah rendah, saya borong. Janji jumlah gram emas saya sentiasa bertambah.

Setelah bertahun-tahun buat gini saya perasan yang kewangan saya lebih baik berbanding rakan yang tak simpan emas. Bila simpan emas, asset kita sentiasa bertambah, kewangan lebih stabil dan lebih mudah untuk capai matlamat kewangan serta IMPIAN hidup kita. Antara kelebihan simpan emas yang saya nampak:

1- ‘Forced savings’ iaitu kita paksa diri kita terus simpan emas bila gaji masuk
2- Poket tak bocor sebab sentiasa rasa ‘tak berduit’ (walaupun emas bertimbun dalam peti besi hehe)
3- Bila rasa tak berduit, hidup jadi berpada-pada. Tak boros berbelanja dan tak bermewah.
4- Tabung emas tahan lebih lama (berbanding tabung duit kertas yang selalu dikorek balik)
5- Aset emas sentiasa bertambah, dan NILAInya sentiasa naik dalam jangka masa panjang seiring kenaikan harga emas
6- Simpan emas ni SERONOK dan ketagih, sebaliknya simpan duit kertas ni boring.

Sebenarnya, ramai orang belum nampak peranan EMAS dalam kehidupan dan kewangan mereka. Kebanyakkannya anggap emas ni untuk perhiasan wanita atau untuk orang kaya je. Ada juga yang anggap simpan emas ni susah la, leceh la dan tak kurang juga yang mengatakan emas ni mahal. Sedangkan simpanan emas amat berbaloi untuk masa depan kita semua. Alangkah ruginya mereka! Sebab tu saya jadikan ini misi saya, untuk bantu anda simpan emas bermula hari ini, serta beri follow-up service yang berterusan dan terkini. InshaAllah.

Sebagai Dealer dan Speaker Public Gold, saya aktif menyebarkan ilmu dan bantu orang simpan emas melalui seminar, blog, media sosial dan face-to-face. Senang cerita, saya ialah pemudahcara untuk anda simpan emas. Seperti yang anda tahu, ramai orang jadi pening lalat nak simpan emas ni sebab tak faham terminologi berkaitan emas, cara pembelian yang berbeza-beza, masalah teknikal berkaitan teknologi, kurang pengetahuan tentang teknik simpan emas dan banyak isu lain.

Sekarang anda tak perlu dah fikir semua masalah tu. Saya ialah pemudahcara anda, dan saya akan guide anda untuk simpan emas dengan lancar inshaAllah. Bagi saya, dapat bantu anda untuk menyimpan emas ialah satu satisfaction. Sebab tu saya aktif menulis sharing tentang emas dan kewangan dalam bentuk ebook dan posting di media sosial, supaya anda semua diperkasakan dengan ilmu di dada sebelum mula simpan emas. Jika anda mahu simpan emas di bawah bimbingan saya, boleh namakan saya sebagai Introducer ketika pertama kali beli emas Public Gold.

Ada amanah besar dipikul oleh introducer. Salurkan ilmu, tips dan update terkini tentang emas dan Public Gold. Paling penting ialah jawab pertanyaan client jika ada sebarang persoalan. Elakkan introducer touch and go. Lepas customer beli, dibiar macam tu je tanpa follow-up service. Kalau anda nak bimbingan berterusan dari mula beli emas sehingga bertahun lamanya, boleh jadikan saya sebagai sahabat emas anda. Introducer: Nabil Aiman, PG Code: PG00104489