Belian Secara Shariah Easy Payment Purchase (EPP)

 

1. Maksudnya:

Belian emas secara bayaran ansuran. Iaitu anda pilih item emas yang anda mahu beli dan ‘lock’ harganya hari ini. Selepas ‘kunci harga’, anda pilih untuk buat pembayaran secara berperingkat sebanyak 4 kali bayar selama 4 bulan. Setelah selesai pembayaran boleh ambil item EMAS yang dibeli di cawangan Public Gold terdekat. Syaratnya anda kena beli item yang berharga RM500 ke atas. Jika anda beli item goldbar 50 gram ke atas, anda layak untuk buat pembayaran secara ansuran sebanyak 10x. Cara pembelian ini disahkan patuh shariah.

 

2. Cara pembelian ni sesuai untuk:

  • anda yang nak beli emas ketika harga emas sedang RUNTUH namun tak cukup modal. Dengan EPP, boleh ‘lock’ terus harga masa tengah murah2. Pergerakan harga emas selepas harga dikunci TAK MENJEJASKAN bayaran ansuran yang kita akan buat
  • anda yang nak paksa diri untuk menyimpan (Forced Savings). Dengan EPP anda terpaksa menyimpan, tak boleh culas2.
  • anda yang suka main kutu. Daripada main kutu duit, elok kalau awak main kutu EMAS guna EPP.
  • anda yang nak beli item besar, tapi belum cukup modal. Dengan modal serendah RM200/bulan, anda boleh beli 1dinar secara EPP.  Jika modal RM500/bulan, anda boleh beli 10g goldbar secara EPP. Juga sesuai untuk anda yang nak beli item untuk pelaburan iaitu 100g, 250g dan 1kg goldbar tetapi tak mahu guna semua cash sekaligus

 

3. Item yang sesuai dibeli guna kaedah ini:

  • Goldbar 10gram dan ke atas (10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1kg)
  • Syiling 1 Dinar dan ke atas (1Dinar, 5Dinar, 10Dinar)
  • Tip tambahan: Goldbar 50g, 100g, 250g dan 1kilogram boleh buat ansuran sebanyak 10x

 

4. Cara kira jumlah bayaran:

Check harga semasa item emas yang anda mahu beli di laman web Public Gold (harga berubah setiap 20minit) dan tambahkan bayaran Premium Item dan Premium EPP.

Jika anda memilih untuk buat penghantaran item emas ke rumah melalui courier selepas habis bayaran EPP, anda perlu tambah bayaran premium Gold-In-Transit (untuk item 25gram ke bawah sahaja).

 

5. Cara buat pembelian:

 

1. Daftar akaun Public Gold secara percuma di link ni. PG akan hantar email dengan username dan password sementara untuk anda guna platform online PG.

 

2. Log-in ke akaun sementara anda di laman web Public Gold menggunakan Username dan Password di sini

 

3. Tekan link ‘Order’

 

4. Pilih ‘Purchase Order’

 

5. Pilih item yang anda mahu dan checkout.

 

6. Pilih tempat anda nak ambil emas tu. Boleh pilih mana-mana branch Public Gold yang terdekat. Seterusnya, pilih ‘Easy Payment Purchase’ pada ruangan Purchase Option

 

7. Anda akan ditunjukkan plan ansuran on-the-spot. Tandakan kotak ‘Terms and Conditions’ dan tekan link ‘Confirm and Proceed to Payment’ jika anda setuju dengan pembelian tersebut

 

8. Seterusnya anda boleh terus buat pembayaran PERTAMA. Buat pembayaran menerusi online transfer dan upload resit tersebut semasa checkout. Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank Public Gold Marketing Sdn Bhd, nombor akaun: 5071-3410-4563. Sebagai alternatif, anda juga boleh buat pembayaran secara online banking FPX tanpa perlu upload resit (macam bayar shopping online biasa)

 

9. Buat bayaran untuk bulan-bulan seterusnya tanpa gagal. Ada staff akan ingatkan anda , boleh hantar bukti pembayaran kepadanya.

 

10. Selepas buat bayaran yang terakhir, call cawangan Public Gold yang dipilih. Jika stok sudah ada di branch, anda boleh terus ambil emas yang dibeli tu. Jika anda memilih untuk buat penghantaran emas terus ke rumah melalui servis Gold-In-Transit, boleh ikuti langkah-langkah di sini.

 

 

ATAU jika anda ingin lebih mudah, boleh call atau wasap saya di: 014- 835 3773

Saya akan tolong dapatkan quotation EPP, lock harga dan order item yang anda mahukan.

Saya sahabat dan pemudahcara anda untuk simpan emas