Belian Melalui Akaun Emas Gold Accumulation Program (GAP)

 

1. Maksudnya:

Anda buka Akaun Emas Patuh Shariah GAP dan buat pembelian emas melalui akaun tersebut. Duit yang anda bayar akan ditukar kepada EMAS mengikut harga semasa. Anda akan ada Username dan Password untuk login ke akaun GAP untuk urusan semakan, pembelian dan jualan emas. Online access ke akaun GAP aktif 24jam sehari, 365hari setahun. Akaun GAP ialah 100% emas fizikal. Jika mahu simpan sendiri, anda boleh withdraw atau keluarkan emas GAP di cawangan Public Gold terdekat. Anda juga boleh minta emas daripada akaun GAP dihantar terus ke rumah anda melalui courier dengan menggunakan servis Gold-In-Transit (GIT)

Contoh: Katakan harga emas semasa rm180/gram. Jika anda bayar RM180 harini, anda dah miliki 1GRAM emas dlm account GAP anda. Jika bulan depan harga emas RM190/gram dan anda buat pembayaran RM380, jumlah emas anda akan bertambah sebanyak 2GRAM. Jadi kini anda memiliki 3GRAM emas dalam akaun GAP. Teruskan topup emas sikit demi sikit sampai jadi sebukit EMAS. Bila dah ada banyak emas dalam akaun, anda boleh withdraw emas tu di mana-mana cawangan Public Gold. Goldbar terkecil yg kita boleh kluarkan ialah 1gram dan yang terbesar 1kg. Dinar terkecil yg boleh kita keluarkan ialah half-dinar, dan yang terbesar 10dinar. Cara pembelian ni disahkan patuh shariah.

 

2. Cara pembelian ni sesuai untuk:

  • anda dengan bajet rendah. Melalui akaun GAP, anda boleh beli emas dengan modal serendah RM100 (bersamaan 0.5g+ emas ikut harga semasa). Simpan emas sikit-sikit secara konsisten, bila dah banyak boleh keluarkan fizikal emas di branch atau hantar emas ke rumah guna servis Gold-In-Transit.
  • anda yang nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri fizikal emas tu (atas sebab2 keselamatan contohnya). Simpanan emas dalam akaun GAP ialah PERCUMA, tiada had jumlah emas dan tiada had masa
  • anda yang menetap overseas atau tempat yang jauh dari cawangan Public Gold (susah nak pergi kutip emas di cawangan). Anda tak perlu terkejar-kejar ke branch PG semata-mata untuk ambil emas yang dibeli. Tiada masalah jika anda beli emas GAP harini dan anda hanya sempat withdraw emas di cawangan PG pada tahun depan.
  • anda yang ada ramai anak. Boleh buka akaun emas GAP berasingan untuk setiap anak untuk tujuan simpanan pendidikan mereka.

 

3. Item yang sesuai dibeli guna kaedah ini:

  • Semua Goldbar kecuali goldbar 0.5gram (1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1kg)
  • Semua Dinar (Half Dinar, 1Dinar, 5Dinar, 10Dinar)
  • Tip tambahan: Akaun GAP sangat bagus utk mereka yg nak beli item kecil (goldbar 1gram, goldbar 5gram dan half-dinar) pada harga yang lebih jimat berbanding kaedah retail

 

4. Cara kira jumlah bayaran:

Check harga semasa emas GAP di laman web Public Gold (harga berubah setiap hari jam 12AM). Tiada bayaran lain yang dikenakan melainkan anda ingin withdraw fizikal emas untuk simpan sendiri (perlu tambah bayaran Premium Item).

Jika anda ingin menggunakan servis Gold-In-Transit (GIT) iaitu penghantaran emas terus ke rumah melalui courier , maka anda perlu tambah bayaran Premium GIT (untuk item 25gram ke bawah sahaja).

 

5. Cara buat pembelian pertama (untuk buka akaun GAP)

 

1. Check harga emas GAP semasa di laman utama Public Gold.

 

2. Tentukan berapa banyak emas anda nak beli. Minimum pembelian ialah RM100. Anda boleh buat pembelian dalam gandaan RM50 (iaitu RM100, RM150, RM200, dan seterusnya). Atau dalam gandaan gram (iaitu 1g, 2g, 10g, 30g, etc). Lihat contoh dibawah, jika anda beli RM100, anda akan dapat 0.5747gram emas yang akan dimasukkan ke akaun GAP anda. Jika anda prefer nombor bundar, boleh buat pembelian dalam bentuk gram. Contoh jika anda bayar RM174, 1gram emas akan dimasukkan ke dalam akaun GAP anda. Jika anda bayar RM348, anda akan dapat 2gram.

 

3. Seterusnya anda boleh buat pembayaran menerusi online transfer. Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank Public Gold Marketing Sdn Bhd, nombor akaun: 5571-3923-8048. Screenshot atau save slip payment sebagai bukti pembayaran

 

4. Sila attach COPY slip payment dan wasap ke nombor 017-486 6916 (nombor HQ Public Gold GAP) ATAU boleh juga wasap ke nombor saya 014-835 3773 (jika anda mahu saya uruskan bagi pihak anda), beserta maklumat di bawah:

  • Nama (macam dalam ic):
  • Nombor IC:
  • Email:
  • Nombor telefon:
  • Nama bank:
  • Nombor akaun bank:
  • Introducer: Nabil Aiman PG00104489

 

5. Beri masa 48jam waktu pejabat untuk Public Gold buka akaun GAP anda. Public Gold akan hantar username dan password akaun GAP ke email anda.

 

6. Selepas anda terima username dan password, boleh terus log-in ke akaun GAP anda di ruang login website Public Gold. Selepas log-in, tekan link MyGAP untuk semak baki emas anda

 

7. Jika anda mahu keluarkan emas fizikal dari akaun GAP, boleh pergi ke mana-mana cawangan Public Gold terdekat. Anda hanya perlu bawa IC dan wang premium. Pastikan anda call sebelum pergi untuk pastikan stok item yang anda mahu dah ada.  Jika anda mahu emas GAP anda dihantar terus ke rumah menggunakan courier, anda boleh menggunakan servis Gold-In-Transit (untuk item 25gram ke bawah sahaja). Boleh call cawangan Public Gold terdekat dan bagitau staf yang anda nak keluarkan emas GAP menggunakan servis GIT. Ikuti langkah-langkah di sini

Nota: Anda boleh keluarkan emas dalam bentuk goldbar iaitu 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g dan 1kg dari akaun GAP. Anda juga boleh keluarkan emas dalam bentuk coin iaitu half dinar (2.125g), 1dinar (4.25g), 5dinar (21.25g) dan 10dinar (42.5g) dari akaun GAP. Bezanya ialah pada wang premium item yang anda perlu bayar, secara umumnya semakin besar item emas yang anda keluarkan semakin rendah harga premium per gram.

 

 

ATAU jika anda ingin lebih mudah, boleh call atau wasap saya di 014- 835 3773

Saya akan uruskan pembukaan akaun GAP untuk anda.

Saya sahabat dan pemudahcara anda untuk simpan emas