Mengapa kita begitu yakin dengan nilai ‘duit kertas’?

Salam sejahtera semua,

Sama-sama kita doakan kejayaan pelajar-pelajar yang bakal menempuh peperiksaan SPM tak lama lagi InshaAllah 🕌 Sempena musim peperiksaan ni, apa kata kita ‘ulangkaji’ skit subjek sejarah, boleh? Bukan sejarah Malaysia yang saya maksudkan 😋, apa yang saya nak share ialah sejarah ‘wang fiat’ iaitu asal usul duit kertas yang kita gunakan zaman sekarang.

Sebagai pengenalan, kita kena faham yang mana-mana matawang bertindak sebagai ‘medium perantara‘ dalam transaksi jual beli. ‘Medium perantara’ ni mestilah sesuatu yang kita boleh simpan (tak rosak), boleh dipindahmilik (dari pembeli kepada penjual, dari majikan kepada pekerja), dan ia mestilah sesuatu yang bernilai (diterima segenap masyarakat).

Dulu-dulu, manusia guna matawang yang berasaskan logam berharga seperti emas dan perak kerana nilainya yang sangat tinggi. Hinggalah sampai satu masa, manusia fikir logam berharga ni sangat susah nak dibawa ke mana-mana. Lalu manusia pada masa tu cipta matawang baru iaitu ‘duit kertas’.

Tujuannya supaya transaksi kewangan jadi lebih mudah, tapi masalahnya duit kertas ni takde nilai intrinsiknya yang tersendiri. Untuk menyelesaikan masalah ni, nilai duit kertas pada awalnya DIIKAT kepada emas. Maksudnya, duit kertas tu boleh ditukar dengan sejumlah emas fizikal yang tetap pada bila-bila masa (jika mahu). Ini beri keyakinan kepada kita bahawasanya ‘duit kertas’ ni memang betul-betul bernilai walaupun ia hanyalah kertas.

Hingga sampai satu masa duit kertas ni TAK lagi diikat dengan emas, maka nilai duit ni diapungkan begitu sahaja. Bila buat gini, keyakinan terhadap matawang tu bergantung kepada keyakinan terhadap kerajaan yang memerintah semata-mata. Contoh: Ringgit Malaysia bernilai kerana kerajaan Malaysia bagi jaminan terhadap nilainya. Kalau nauzubillah kerajaan Malaysia tiada lagi, maka duit RM tu semata-mata helaian kertas je la huhu..

Harini saya nak ajak awak semua tonton satu video dari Mike Maloney (beliau ialah seorang analyst) tentang sejarah matawang yang tersohor di dunia iaitu ‘US Dollar‘:

Video link: https://www.youtube.com/watch?v=wD3KYlpE2lk

Secara ringkas, video ni cerita tentang evolusi matawang USD yang bermula sekitar 140tahun yang lalu:

  1. Tahun 1873 – 1914
    • Sistem Gold Standard
    • Wang kertas US Dollar diikat sepenuhnya kepada emas
    • Cth: $50 USD boleh ditukar 100% kepada emas
    • Ini beri keyakinan kepada pengguna US Dollar kerana nilainya diikat sepenuhnya kepada EMAS
  2. Tahun 1938 – 1944
    • Sistem Gold Exchange Standard
    • Wang kertas US Dollar diikat sebahagiannya kepada emas
    • Cth: $50 USD boleh ditukar kepada emas yang nilainya $20 sahaja (Hanya 40% nilai duit kertas diikat dengan emas)
    • Ini membolehkan kerajaan cetak lebih banyak duit kertas dari sepatutnya, tetapi masih boleh maintain keyakinan pengguna kerana sebahagian nilainya masih diikat kepada EMAS
  3. Tahun 1944 -1971
    • Sistem Bretton Woods
    • Semua matawang asing diikat kepada matawang US Dollar (yang diikat sebahagiannya kepada emas)
    • Ini membolehkan pengguna yakin dengan matawang asing kerana diikat kepada US Dollar (yang diikat kepada EMAS)
  4. Tahun 1971 hingga sekarang
    • Sistem Dollar Standard (Pemansuhan sistem Bretton Woods)
    • US Dollar tidak lagi diikat kepada emas dan TAK boleh ditukar kepada emas
    • Ini meyebabkan kesemua matawang di dunia jadi ‘duit fiat’ serta merta, yang mana nilainya tak lagi disandarkan kepada EMAS. Sebaliknya semua matawang diapungkan dan nilainya bergantung kepada supply and demand pasaran semasa

So.. berbalik kepada soalan harini, mengapa kita begitu yakin dengan nilai ‘duit kertas’ ni sebenarnya?

Sedangkan duit kertas tak ada nilai intrinsiknya yang tersendiri. Bila duit kertas tak diikat dengan emas, ia terdedah kepada penyelewengan dan inflasi seperti apa yang berlaku kepada matawang bolivar di Venezuela (baca sini). Duit kertas juga hilang nilainya bila berlaku peperangan dan kerajaan ditawan.

Duit kertas Iraq hilang nilainya sebaik dijajah tentera Amerika. ‘Jual duit’ pon takde orang nak dah sebab tak laku..

Sebenarnya, emas ialah DUIT dalam erti kata yang sebenarnya. Emas memiliki nilai intrinsiknya yang tersendiri. Emas tak perlu sandarkan nilainya kepada benda-benda lain. Nilai emas sudah terbukti ‘kebal’, ia laku sejak tamadun purba hingga sekarang. Dan ia tetap laku di mana sahaja kita pergi dalam dunia ni.

Duit EMAS laku walau di mana sahaja kita berada dalam dunia ni

Benarlah apa orang kata, bila sesuatu fahaman telah meresap dalam jiwa, kita akan tetap percayakannya walaupun keadaan semasa sudah berubah. Dalam konteks ‘duit kertas’, kita akan tetap mempercayainya sekalipon nilainya tidak lagi diikat kepada emas sejak 1971. Kerana sejak lahir hingga kini, kita hanya guna duit kertas (dan bukannya emas) untuk semua transaksi kewangan. Ini menyebabkan kepercayaan kepada nilai matawang fiat meresap masuk dalam jiwa.

Nampaknya ia akan kekal begitu hinggalah sampai satu zaman yang mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia, kecuali Dinar dan Dirham ✨

Ikhlas dari sahabat emas anda,