Anda ‘pelabur’ atau ‘penyimpan’ emas? (Part 1)

Salam sejahtera,

Semoga awak semua sihat dan bersemangat untuk terus berbakti kepada masyarakat dan keluarga 😊 Saya perasan akhir-akhir ni ramai orang baca artikel yang saya tulis pada bulan Oktober tahun lepas (link).

Dalam artikel tu, saya ceritakan tentang kenaikan harga emas sebanyak 4% dalam masa SEBULAN.. Just nak update, Sejak tahun lepas harga emas semakin meroket dan kini sudah naik hampir 20%..!

Harga 1gram emas 999 pada bulan Ogos 2018 = RM170,
dan July 2019 = RM200

Disebabkan kenaikan harga emas yang sangat banyak kebelakangan ni, ramai yang mula lihat emas sebagai aset pelaburan. Maksudnya beli emas masa harga rendah, dan jual balik bila harga dah naik kaw-kaw.

Sama juga dengan aset pelaburan yang lain, contohnya pelaburan saham. Maksudnya beli pemilikan saham pada harga rendah, dan jual balik bila harga saham dah naik. Jika pelaburan dalam hartanah, maksudnya beli rumah pada harga rendah dan jual balik bila harga rumah tu dah naik.

Jika anda perasan, matlamat UTAMA pelaburan dalam sesuatu aset ialah untuk dapatkan keuntungan wang ringgit daripada perbezaan harga beli dan jual aset tadi. Maksudnya matlamat UTAMA ‘pelabur’ emas bukan fizikal emas tu sendiri, bahkan apa yang dimahukan ialah duit 🤑

Ketika saya mula-mula beli emas pada tahun 2014, saya juga bermula sebagai ‘pelabur’ emas. Maksudnya saya tengok emas ni sebagai salah satu cara untuk saya jana lebih banyak duit. Masa tu apa yang saya mahukan ialah duit dan bukannya emas tu sendiri. Bahkan saya tak tahu menahu pon kelebihan memiliki emas fizikal selain untuk menjana duit. Huhu.

Kini setelah 5tahun menyimpan emas, barulah saya tahu kelebihan emas yang sebenarnya. Saya sekarang ialah seorang ‘penyimpan’ emas yang tegar. Jarang-jarang sekali saya jual emas melainkan saya betul-betul perlukan tunai. Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang ‘penyimpan’ emas dalam artikel akan datang.

Masa saya mula-mula berkecimpung dalam dunia emas, saya sangat amatur. Banyak kesilapan yang dibuat sebagai seorang ‘pelabur’ emas. Di sini saya senaraikan beberapa pengajaran yang kita semua boleh manfaatkan terutamanya jika awak mahu jadi ‘pelabur’ emas 🙂

1. Masa menunggu yang lama (untuk untung)

Cuba tanya kenalan anda yang melabur dalam pasaran saham, berapa lama dia perlu tunggu untuk dapatkan keuntungan? Jawapannya dalam masa sehari pon boleh untung dahh

Tapi jika anda beli emas fizikal untuk tujuan pelaburan, bersedia untuk menunggu selama tiga tahun (atau lebih) sebelum anda mula nampak keuntungan. Ini kerana harga emas kena naik lebih tinggi daripada ‘spread‘ (susut nilai) sekitar 6% hingga 9% baru la kita mula nampak untung.

Paling cepat saya untung melalui pelaburan emas ialah 10bulan, dan paling lama saya terpaksa ‘bertahan’ (kena ‘hold‘ kerana harga emas jatuh) sebelum kembali untung ialah 2tahun setengah. Biasanya saya bubuh cut-off point 3 tahun. Jika anda nak melabur dalam emas tapi tak bersedia untuk tunggu 3 tahun, fikir elok-elok dulu ok

2. Modal kecil tapi nak melabur dalam emas?

Katakan anda beli emas pada harga RM180/gram pada tahun 2017. Setelah lama menunggu, akhirnya harga emas naik dengan banyak pada tahun 2019 dan anda menjualnya pada harga RM190/gram (setelah tolak spread). Berapakah keuntungan anda?

Jika anda memiliki 1gram emas, keuntungan anda ialah RM10 sahaja dan anda telah menunggu selama 2tahun untuk dapatkan keuntungan sebanyak itu 😅 

Jika anda memiliki 100gram emas, keuntungan anda ialah RM1,000 dan jika anda memiliki 1kg emas, keuntungan anda ialah RM10,000 (pendapatan pasif- tanpa perlu anda bersusah payah atau kerja lebih). Sebab tu saya sarankan awak beli paling kurang 100gram emas kalau tujuannya untuk pelaburan 😁

Untuk tujuan ‘melabur’, beli emas 100gram ke atas agar keuntungan yang anda dapat berbaloi dengan masa menunggu harga emas naik

3. Hati-hati jika anda nak ‘rolling’ modal beli emas guna Ar-Rahnu

Pernah dengar orang beli emas (contohnya 10gram), kemudian dia pergi pajak emas di Ar-Rahnu untuk dapatkan pinjaman tunai? Katakan dapat sekitar RM1,500, seterusnya tunai tu digunakan untuk beli lebih banyak emas (contoh 5gram). Lepas tu dia ulang benda yang sama banyak kali supaya dengan modal yang sikit dia boleh miliki banyak emas. Niatnya bila harga emas naik, dia nak jual semuanya dan dapat untung besar

Jika awak nak buat camni, ingat, awak juga perlu bayar kos simpanan di Ar-Rahnu dan kenaikan harga emas perlu lebih daripada spread. Itu kalau harga emas naik, kalau turun? Boleh tergadai emas dibuatnya, huhu 😌 Jika untung, untung secupak. Jika rugi, rugi segantang. Itulah ibaratnya.

Nasihat saya, gunakan duit sendiri je untuk beli emas. Tak perlu buat pinjaman Ar-Rahnu (atau pinjaman Ah Long) untuk tidur malam yang lebih nyenyak.

4. Terlepas peluang untuk dapat dividend dari pelaburan lain

Katakan awak ada modal RM30,000 dan awak guna kesemuanya untuk beli emas, jumlah keseluruhan ialah 150gram (harga semasa). Jika selepas setahun harga emas masih statik, maka nilai pelaburan anda masih kekal sama kerana simpanan emas tiada dividend.

Bandingkan dengan kawan anda yang simpan RM30,000 dalam ASB, setelah setahun dia dapat dividend sekitar 6% bersamaan RM1,800. Jumlah keseluruhan pelaburannya ialah RM31,800 setelah ditambah dividend.

Dalam kes ni, anda seolah-olah ‘kerugian’ RM1,800. Ini dipanggil ‘opportunity cost‘, bermaksud modal yang anda gunakan untuk beli emas tak boleh digunakan untuk melabur di tempat lain.

Umumnya saya hanya gunakan sebahagian modal saya untuk simpan emas, 10% hingga 30% pon ok dah. Selebihnya saya simpan juga dalam Tabung Haji dan Amanah Saham agar dapat juga dividend tahunan.

5. Pastikan simpanan tunai cukup untuk kecemasan

Memang betul emas bersifat ‘cair’, bermaksud mudah ditunaikan. Tapi jika tak sampai sebulan beli emas dah terpaksa tunaikan sebab takde duit kecemasan tu cari pasal namanya.

Saya cadangkan simpanan tunai sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji anda, bila ada lebih baru guna untuk beli emas.

6. Belajar cara baca graf pergerakan harga emas

Ilmu analisa teknikal sangat membantu kita buat keputusan untuk beli atau jual emas. Dengan ilmu membaca pergerakan harga emas, kita boleh teka sama ada harga emas akan naik/turun/mendatar dan membantu kita untuk membeli ketika harga rendah dan menjual ketika harga tinggi. Paling kurang, kita boleh follow sifu-sifu yang mahir dalam ilmu ni dan baca analisis terkini yang mereka share

Contoh analisa teknikal mudah: Pergerakan harga emas keseluruhan sedang menaik dengan harga siling (resistance) sekitar USD 1,500/ounce. Bermaksud jika harga emas melepasi aras ini, kemungkinan harga emas akan naik dengan mendadak sangat tinggi.

7. Ketepikan emosi

Ini paling penting, selepas kita dah buat keputusan untuk membeli pada harga sekian-sekian, jangan ‘main emosi’ kononnya nak tengok dulu kot-kot harga akan turun lagi baru nak beli. Sedar-sedar harga makin naik, sedangkan kita 1 gram emas pon belum beli lagi.. Begitu juga bila kita nak jual emas, tetapkan harga siap-siap dan jual je bila dah tercapai harga tu

Memang betul kita boleh meneka pergerakan harga emas, tetapi secara mutlaknya hanya Allah yang tahu apa akan terjadi. Jika kita baru je beli emas dan selepas tu harga menjunam turun, redho je lah. Dan jika kita baru je jual emas dan selepas tu harga terus mencanak naik, tetaplah bersyukur dengan keuntungan yang kita dah dapat, walau tak seberapa 🤲🏽

Anda mahu beli emas fizikal untuk tujuan pelaburan tapi tak tau macam mana? Boleh wasap saya untuk info lanjut 😄

Ikhlas dari sahabat emas anda,