Antara duit raya dan EMAS RAYA

Salam Ramadhan Kareem untuk semua 😊

Masa berlalu dengan cepat. Saya rasa macam baru je masuk tahun baru 2019, sedar-sedar sekarang dah separuh tahun dah. Dan saya rasa macam baru-baru ni je masuk bulan Ramadhan, sekarang dah tinggal beberapa hari je nak raya..

Bila sebut tentang raya ni teringat time kecik-kecik dulu, benda yang paling syiok tentulah pegi beraya sambil kumpul DUIT RAYA, tak gitu? 😍 Bila fikir-fikir balik, rasa banyak jugak dapat duit raya dari sedara-mara masa tu tapi tak tau la habis ke mana semuanya huhu..

Jika orang dewasa pon pening dengan masalah duit habis, apatah lagi budak- budak yang dapat duit raya setahun sekali je. Saya pasti masalah ‘kebocoran’ duit raya ni akan terus berlaku selagi ibu bapa tak kreatif cari jalan untuk ‘selamatkan’ duit raya anak-anak.

Sedangkan duit raya tu kalau dikumpulkan semuanya dari anak lahir hingga besar, akan cecah ribu ringgit juga jumlahnya (ni tertakluk kepada kemurahan hati pak cik dan mak cik masing-masing ye 😏). Duit ni tentu akan banyak membantu anak kita bila dia dah besar nanti, iaitu masa yang dia benar-benar perlukan dana tambahan untuk mengharungi dunia dewasa yang jauh lebih mencabar..

Jika awak ibu atau bapa yang hadapi masalah ni, usah risau. Ada beberapa cara untuk simpan duit raya anak kita agar kekal hingga dia besar, dan salah satu cara unik ialah dengan menyimpan dalam bentuk EMAS RAYA macam keratan akhbar bawah ni 💖 

EMAS RAYA ialah salah satu cara kreatif yang ibu bapa boleh gunakan untuk pastikan duit raya anak-anak ‘selamat’ disimpan sehingga mereka besar

Ada 2 cara nak simpan emas raya ni iaitu:

1. Bagi EMAS RAYA sebagai pengganti duit raya anak-anak tersayang

Caranya boleh bagi jongkong emas 1gram versi Aidilfitri 2019 kat setiap orang anak. Selitkan jongkong emas ni dalam sampul duit raya dan berikan kepada anak-anak untuk disimpan

2. Kumpul semua duit raya anak-anak, dan tukarkan duit tersebut kepada jongkong EMAS

Katakan satu rumah dapat RM10. Jika anak pergi beraya ke 20 buah rumah, dah dapat RM200. Duit sebanyak tu dah cukup untuk ditukarkan kepada 1gram EMAS RAYA

Seronoknya duit bila DIBELANJA, dan seronoknya emas bila DISIMPAN. Dengan menyimpan duit raya dalam bentuk emas, tentunya anak-anak takkan sewenang-wenangnya habiskan untuk beli mainan, mercun atau gula-gula. Menyemai sifat menabung dalam diri anak-anak tentunya lebih mudah dengan emas.

Malah kenangan Aidilfitri lebih tersemat indah dalam memori bila dikaitkan dengan goldbar emas versi raya yang design-nya terhad untuk tahun itu sahaja. Selain itu, NILAI emas lebih kekal dalam jangka masa panjang berbanding duit kertas yang dihakis inflasi saban tahun.

Jangan terkejut jika trend menyimpan emas raya ni semakin BOOM. Saya diberitahu yang jualan goldbar 1g versi raya tahun ni melepasi 6,000 keping tau.. Maknanya secara keseluruhan rakyat Malaysia membeli lebih 6 KILOGRAM emas raya untuk tahun ni saje..! 😲

Jadi.. antara duit raya dan emas raya, yang mana satu pilihan awak? Jika tak pasti bagaimana nak simpan emas raya boleh wasap saya 😉

Ikhlas dari sahabat emas anda,