Daulat Tuanku!

Salam sejahtera semua,

Baru-baru ni YDPA kita yang ke 15 iaitu Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan yang telah disandang baginda sejak 2016. Jadi hari ni, saya nak kongsikan salah satu implikasi daripada peletakan jawatan baginda iaitu..

Pembuatan jongkong emas 1gram versi YDPA 15 akan DIHENTIKAN selama-lamanya. Jadi jongkong emas LIMITED EDITION ni bakal jadi RARE ITEM tak lama lagi huhu.. 😖

Ok.. alang-alang tu saya nak cerita sikit tentang emas yang dibuat untuk tujuan KOLEKSI. Baik.. kalau kita tengok orang di sekeliling kita, ramai je orang yang suka kumpul barang-barang ‘special’ yang disukai, betul?

Ada yang suka kumpul figura, kumpul komik, kumpul handbag, kumpul tudung dan sebagainya. Dan mereka ni sanggup bayar pada harga PREMIUM (lebih pada harga pasaran semasa) semata-mata untuk dapatkan koleksi item LIMITED EDITION, apatah lagi item RARE yang susah didapati, betul?

Begitu juga dengan emas. Memang benar kebanyakan orang beli emas untuk tujuan simpanan atau pelaburan, yang mana mereka akan cuba dapatkan emas pada harga yang PALING RENDAH untuk meraih keuntungan maksimum.

Tapi ada juga orang yang membeli emas sebagai KOLEKSI. Mereka selalunya akan ‘kejar’ item-item emas yang LIMITED EDITION yang memiliki design yang unik. Contohnya design emas yang bertemakan perayaan dan individu masyhur seperti YDPA 15.

Tentunya COLLECTORS ini sanggup bayar pada harga PREMIUM untuk dapatkan ITEM EMAS RARE. Makin sikit jumlah emas yang dihasilkan, makin TINGGI harga yang sanggup dibayar pengumpul emas untuk dapatkannya 😃

Berbalik kepada jongkong emas 1gram versi YDPA 15, emas ni sebenarnya kerjasama antara Public Gold dan POS Malaysia yang mana niat asalnya hanya 30,000 keping sahaja bakal dihasilkan. Dan emas ni akan dijual di Pejabat Pos dan Public Gold sepanjang 5tahun pertabalan baginda, namun..

Apabila YDPA 15 meletakkan jawatan baginda, penghasilan jongkong emas ni dihentikan serta-merta, jadi tak sampai 30,000 unit pon ada dalam pasaran sekarang.. Ingat, makin sikit jumlah design yang dihasilkan, makin rare dan makin mahal-lah item emas ni nanti..

Masa awal pelancaran emas YDPA 15 ni haritu, harganya ialah RM250. Selepas ~3,000 keping habis dijual, harganya dinaikkan ke RM270. Setelah baginda letak jawatan baru-baru ni, harganya telah naik ke RM300..! Sebagai perbandingan, 1gram emas yang sama (design biasa) boleh dibeli pada harga RM195 je..

Buat masa ni, kita masih boleh beli emas YDPA ni di pasaran online. Cuba bayangkan bila stok emas ni sudah habis dijual online, dan item ni dah jadi RARE. Yang mana mereka yang pernah membelinya sahaja yang memilikinya dalam dunia ni.. agak-agak berapa harga emas YDPA 15 ni masa tu? 😮

Elok jika kita semua simpan paling kurang sekeping jongkong emas 1gram versi YDPA 15 ni. Sekalipon kita bukan pengumpul emas tegar, kita tetap boleh jualnya balik pada harga PREMIUM pada masa hadapan, ye tak? Kalau awak tak pasti macam mana nak dapatkan emas versi YDPA ni boleh contact saya.

Ikhlas dari sahabat emas anda,