Cepatnya harga emas naik! 😲

Salam semua,

Semoga awak semua sihat semuanya. Harini saya nak update tentang harga emas semasa. Bulan ni (Oktober 2018) menyaksikan harga emas naik dengan cepat. Harga emas paling rendah pada akhir bulan September baru-baru ni ialah RM171/gram. Dan harga emas di akhir bulan October ni ialah RM178/gram. Kenaikan sebanyak RM7 per gram atau 4% dlm masa sebulan..!

Kalau perasan, bulan ni juga menyaksikan kejatuhan pasaran saham di US. Sebagai contoh, Dow Jones (iaitu salah satu Index pasaran saham US) menunjukkan kejatuhan sebanyak 10% bulan ni. Apabila pasaran saham jatuh, especially pasaran saham US, maka harga emas akan meningkat. Ini kerana pelabur di US akan memilih emas sebagai aset selamat (tempat untuk parking duit) apabila pasaran saham jatuh/tak stabil. Ini menyebabkan permintaan terhadap emas meningkat dan seterusnya harga emas pun terus mencanak naik.

Sebab tu emas ni dikenali sebagai SAFE HEAVEN iaitu ‘syurga selamat’ tempat pelabur simpan duit masa ekonomi tak menentu ✨✨¬†Walaupun pergerakan harga emas ni tak serancak pasaran saham, harganya boleh naik dengan cepat bila permintaannya meningkat secara tiba-tiba.

Harga saham (DJIA) dah mula merudum dari puncaknya sekitar 7.5%, jatuh ke -2.4% iaitu penurunan sebanyak 10%

 

Sebaliknya, harga emas mula naik setelah turun bulan jun hingga ogos baru-baru ni kerana sifatnya sebagai ‘safe heaven’

 

Soalan 1: Adakah harga emas boleh naik ke paras yang lebih tinggi?

Jawapan: Ya, sudah tentu boleh, jgn terkejut kalau harga emas meroket jauh lebih tinggi drp harga sekarang 🚀¬†Jika anda telah ketinggalan keretapi, sempat lagi ni nak lompat masuk (harap faham maksud ye 😉).

Soalan 2: Apa pandangan peribadi tuan?

Jawapan: hehe… emas boleh naik lagi. Bulan 10 nie emas baru aja start naik.. baru 3 minggu. Lama lagi boleh naik.. Tapi ni pandangan peribadi saya je, boleh jadi betul boleh jadi salah.. Pada pendapat saya, lagi bagus kalau kita aim long term bila simpan emas ni. Maksudnya kita hanya guna wang yang kita pasti tak guna untuk 3 tahun untuk tujuan pembelian emas. InshaAllah dalam jangka masa panjang nilai emas memang akan naik sebagaimana harga hartanah sentiasa naik selepas beberapa tahun.

Soalan 3: Apa tuan rasa saya patut buat?

Jawapan: Jika awak belum pernah simpan emas, saya cadangkan cuba simpan dulu 1 gram sekarang dan jadikan harga harini sebagai ‘benchmark’. Sebaik awak bermula, baru mudah awak nak faham kelebihan simpan emas. Kalau tengok harga je tapi sendiri tak membeli, memang susah nak faham. Jika tak pasti bagaimana nak mula, boleh call atau wasap saya di 014- 835 3773. Saya akan bantu awak simpan emas dan beri bimbingan berterusan.

 

Ikhlas dari sahabat emas anda,

Nabil Aiman, PG00104489