Apa Maksud EDKS?

Salam sejahtera semuaa,

Harap semua sihat2 belaka. Lama tak tanya khabar, maklum la nak update blog pon sempat skali dua je sbulan huhu. Harini tetiba saya rasa cam nak share dari mana datangnya nama emasdulukiniselamanya. Bukan apa, orang kata ‘tak kenal maka tak cinta’. Jadi kalau dah tahu dari mana datangnya nama EDKS, maybe nanti awak semua lebih kenal dan cinta team EmasDuluKiniSelamanya, ye tak? 

Semuanya bermula tahun lepas bila saya cuba fikirkan #hashtag yang sesuai untuk membezakan saya daripada dealer Public Gold yang lain. Sebagai seorang cikgu emas, saya nak semua orang tahu yang saya bukannya jenis yang profit-oriented atau dalam bahasa mudah, saya bukannya jenis yang nak kejar komisyen jee. Kerja full-time saya dah cukup untuk makan minum saya dan keluarga sebenarnya. Tapi saya still buat part-time untuk kongsi ilmu dan pengalaman saya menyimpan emas. So.. saya tercari-cari #hashtag yang bersesuaian dengan profile saya ni.

Nak dijadikan cerita, saya mula fikir kenapa sebenarnya saya simpan emas. Saya kaji balik sejarah emas dan tengok kenapa manusia simpan emas. Saya tengok emas pertama kali digunakan sebagai matawang oleh tamadun purba Lydia pada tahun 650 Sebelum Masihi. Wow, dah lebih 2,500tahun..! Sejak tu, memang terbukti tamadun-tamadun lain juga tengok emas sebagai sesuatu yang amat berharga, diaorang pon turut guna EMAS sebagai matawang. Antaranya tamadun Greek, Rome, Parsi dan juga tamadun Islam.

Walaupun manusia purba ni berasal dari tempat dan zaman yang berbeza , tapi mereka semua sependapat yang EMAS ni sangat berharga, kan? Padahal kalau tengok peta dunia sekarang, tamadun Lidya tu dekat Turki, tamadun Rome tu dekat Italy, tamadun Parsi dan tamadun Islam di tanah Arab, jauh sesangat la diaorang ni. Dah la beza antara tamadun ni beratus-ratus tahun lamanya. Walaupun begitu, mereka tetap lihat emas sebagai sesuatu yang amat berharga.

Yang best tu, kita hari ni jauh di Malaysia pon anggap EMAS sesuatu yang sangat berharga, betul tak? Dan saya percaya manusia 1000 tahun akan datang pon akan lihat emas sebagai sesuatu yang berharga. Tak exaggerate kalau kita kata emas ni akan selamanya berharga di mata manusia, kan? Sekarang cuba bandingkan nilai EMAS yang kukuh zaman-berzaman dengan nilai WANG RINGGIT yang makin susut nilainya setiap tahun. Agak-agak la kan, 1000 tahun akan datang masih ada nilai lagi ke wang kertas ni? Huhu

Maka dari situ datang la ilham untuk saya gunakan hashtag #emasdulukiniselamanya yang bila dipendekkan jadi la EDKS  Dengan memilih nama ni, saya mahu semua orang terutama client saya faham yang EMAS yang mereka beli dan simpan akan kekal BERNILAI dan BERHARGA selama-lamanya inshaAllah 

So.. lepas baca perkongsian ni, saya harap awak lebih kenal EDKS dan dapat semangat untuk mula simpan emas. Jika awak tak pasti macam mana nak simpan emas boleh hubungi saya.

 

Ikhlas dari sahabat emas anda,

Nabil Aiman, PG00104489